1) Cerah & Ceriakan Dinding Anda
Bila nak memilih warna terang untuk dinding anda, pastel lembut semestinya pilihan yang tepat. Kenapa? Secara tak langsung ia dapat menjadikan sesebuah bilik atau ruang kelihatan lebih luas. Selain itu, ia mewujudkan suasana yang cerah lagi harmoni dalam kediaman anda.
Ramai ingat pemilihan warna putih untuk gaya ‘bersih’ adalah yang terbaik. Pilihan selamat katanya. Ada betul juga, tetapi kalau ia digunakan secara berlebihan, pasti nampak hambar pula.
2) ‘Hijau’kan Kediaman
Ramai terlepas pandang keindahan alam semulajadi apabila merujuk kepada warna dan cahaya yang masuk ke dalam rumah!
Untuk menerangi dan menyerlahkan kediaman anda, kenalah cuba letak pokok dan tumbuhan segar.
Bayangkan, deretan pasu dengan pokok bunga, tumbuhan tergantung dan melatar dengan daun rimbun pasti menyuntik elemen hijau yang menenangkan. Tambahan pula, tanaman dalam rumah ini membantu dalam pengaliran udara di dalam rumah.
3) Bermain Dengan Kontras
Palet warna pastel yang ringkas adalah cara yang terbaik dalam memaksimakan cahaya di dalam rumah. Tapi, tak semuanya mampu menyesuaikan diri dengan kaedah ini.Namun, mainan kontras warna tak semestinya pada latar dan dinding kediaman saja, namun boleh juga diaplikasikan pada pemilihan perabot / kelengkapan yang dipilih dengan teliti agar dapat memberikan anda peluang terus meneroka gaya kontras ini.
4) Ubah Suai Perabot
Dikenali sebagai perabot pelbagai fungsi, perabot sebegini dapat memberikan anda ruang simpanan tambahan seterusnya mengelakkan apartment nampak sesak dan bersepah. Kalau bijak cari, pasti jumpa punya!
Di luar sana, terdapat set sofa yang juga sebuah katil, atau sebuah rak yang juga meja makan. Bukan saja menjimatkan ruang, tapi jimat duit juga!
5) Minimalis
Tema ini sesuai buat mereka yang gemarkan penampilan yang bersih dan anggun. Rumah dengan tema minimalis menggunakan palet warna yang natural serta perabot yang sederhana dan ringkas.
Fungsi dan garisan bersih adalah ciri khas untuk tema minimalis, yang mewakili salah satu idea reka bentuk dalaman yang cukup ringkas, tetapi ikonik.
6) Scadinavian
Perabot di rumah bertema Skandinavia lebih sederhana dan bersahaja – menawarkan pengaruh ukiran, menggabungkan bentuk dan fungsi.
Ciri-ciri lain termasuk penggunaan palet warna yang kebanyakan berwarna putih, dengan penambahan elemen semula jadi seperti lantai kayu dan papan.
Warna ditambahkan melalui penggunaan karpet seni, bulu atau serat, atau perabot. Gaya ini juga menggunakan pencahayaan semula jadi dan menekankan pada aksesori.