1) Meja Makan Bersegi Bukan Bulat.
Meja makan bentuk bersegi sesuai untuk ruang makan yang sempit. Meja bersegi yang boleh dilipat, dipanjang dan dipendekkan adalah nilai tambah pada meja dan ruang makan kita.
2) Kerusi Makan Santai.
Menjadi gaya terkini meja makan tidak dibeli bersama dengan kerusi makan. Menjadi ruang makan kita nampak menarik, ceria dan tidak nampak tipikal atau membosankan. Cara atasi ruang makan yang terhad ialah memilih kerusi makan yang santai. Kerusi ini terdiri daripada kerusi lipat, bench dan stool.
5) Lampu Nampak Hidangan.
Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Siling kebiasannya dipasang dengan lampu fluorescent atau down light. Tambahkan keterangan ruang makan dengan lampu seperti lampu gantung (pendant lamp) dalam gambar ini.