1. Bilik tidur kongsi bersama adik-beradik perempuan.
Kadang kala kita ada kekangan ruang di dalam rumah dan kita meletakkan anak-anak perempuan di dalam satu bilik yang sama. Cuma penting untuk ibu bapa membuat ruangan persendirian untuk packing anak-anak walaupun mereka perlu berkongsi bilik.
2. Bilik tidur gadis remaja
Usia gadis remaja biasanya sedang sibuk dengan mencari identiti sendiri. Seronok jika dapat duduk berbincang seperti sahabat dengan anak gadis remaja tentang ruangan bilik tidur, supaya susunan bilik tidur dan perabot adalah praktikal untuk kegunaan seorang remaja puteri.
3. Bilik tidur anak perempuan usia sekolah rendah.
Usia ini biasanya anak-anak perempuan sangat sukakan semua benda berwarna merah jambu kan, Mama? Mama boleh cuba carikan set cadar, langsir, cat dinding dan kertas dinding berwarna merah jambu untuk menaikkan warnanya. Kedua-dua barang ini mudah untuk ditukar kemudian nanti apabila anak makin dewasa dan mula berubah citarasa.