Apa yang menarik tentang kami di Perabot2U? Kenapa kami menjadi pilihan utama masyarakat Kemaman untuk perabot asas? Jom baca Testimoni pelanggan kami.
Perabot2U (P2U), sebelum ini dikenali sebagai Kean Long Cash & Carry, memulakan operasinya pada Disember 2015. Dengan slogan “Kini Semua Orang Mampu Miliki Perabot Asas” Perabot2U berusaha untuk memastikan masyarakat yang kurang berkemampuan dapat memiliki perabot asas.
Perabot2U menawarkan pelbagai perabot asas rumah, kedai atau sekolah dengan konsep penjualan “Cash & Carry”. Pelanggan perlu memasang sendiri perabot berdasarkan panduan yang disediakan (Youtube atau manual pemasangan) . Sekiranya menghadapi masalah pemasangan, kami sedia membantu melalui perbualan video secara langsung.
Jaminan kami adalah harga terendah, penghantaran cepat, serta servis selepas pembelian. Sila layari produk kami. Bagi pembelian secara ansuran, anda boleh layari myfurniturestore. Tangan Gerak-Gerak, Pasti Anda Jimat.
Kehadiran kami atas talian terus berkembang dengan kukuh sejak kami bermula pada 2020. Kami telah berjaya membangunkan pelbagai platform e-dagang yang dibina berdasarkan kedai fizikal kami.
Dengan pasukan jualan atas talian kami, kami dapat memberikan maklum balas kepada pelanggan dengan kadar segera. Pengalaman pasukan kami terbukti dalam perkhidmatan berkualiti yang kami jaminkan kepada semua pelanggan. Kenapa pilih kami? Jom lihat apa kata pelanggan kami di Testimoni