MENARIK : PENGHANTARAN PERCUMA

Cara Hias Bilik Tidur

04.10.2023 / BARU & TRENDY
Pemilihan dekorasi warna, pencahayaan, dan elemen-elemen lainnya memainkan peranan penting dalam menjadikan bilik tidur sebagai tempat yang selesa. Kali ini, kami akan menunjukkan pelbagai cara untuk menghias bilik tidur agar bilik anda selesa dan kualiti tidur anda. Antaranya ialah :

1) Mulakan Dengan Katil
Bila menyusun perabot dalam bilik, katil adalah perabot paling besar, jadi ia juga merupakan barang pertama yang anda perlu letak.
Semua perabot dan hiasan lain akan disusun bergantung kepada kedudukan katil ni
Anda boleh memilih katil yang ada ruang simpanan di bawahnya, jika ada terlalu banyak barang.

2) Guna Ruang Simpanan Dalam Perabot
Selain daripada membeli almari, rak, dan kabinet; anda juga boleh menambah ruang simpanan dengan menggunakan perabot yang disertakan dengan ruang storan.
Contohnya, meja sisi yang ada laci, kepala katil yang boleh letak barang di dalamnya, cermin berdiri yang ada tempat gantung aksesori di belakangnya, dan sebagainya.

3) Pilih Perabot Pelbagai Guna
Untuk menjimatkan ruang dan juga kos, gunakan perabot yang boleh memainkan pelbagai fungsi.
Contohnya, meja tempat anda bersiap (dressing table) boleh digunakan sebagai tempat bekerja, sama ada untuk anda letak laptop anda ataupun untuk menulis. Hanya pastikan permukaan meja selalu dikemas supaya anda ada ruang yang cukup.

4) Pasang Perabot Tergantung
Bila tak cukup ruang nak letak perabot atas lantai, apa nak buat? Letak kat dinding!
Biasanya, perabot yang dipasang kat dinding ini adalah tempat letak buku, lukisan atau hiasan-hiasan kecil; dan juga tempat gantung baju. Pastikan perabot ini dipasang dengan ketat, dan tidak dibebankan dengan barang-barang yang terlampau berat.

5) Gunakan Cermin Untuk Ilusi Keluasan
Cermin bukan sahaja sekadar digunakan untuk ambil gambar OOTD sahaja, tapi juga boleh menjadikan bilik anda rasa seakan-akan lebih luas. Bergantung kepada pilihan anda, anda boleh dapatkan cermin yang dilekatkan pada dinding, cermin berdiri.

Berminat dan ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami sekarang