MENARIK : PENGHANTARAN PERCUMA

Dekorasi bilik mengikut keperluan anak perempuan

13.05.2024 / BARU & TRENDY

Kita semua sedia maklum bahawa anak-anak perlukan satu ruang yang mereka boleh gunakan untuk aktiviti kendiri, berehat juga untuk menguruskan diri seperti menukar pakaian, memilih pakaian daripada almari yang sesuai dan sebagainya. Apatah lagi jika anak kita sudah bergelar gadis remaja. Jadi sangat penting untuk kita menyusun atur dengan baik, walau seringkas apapun bilik tidur anak perempuan kita.

1. Bilik tidur kongsi bersama adik-beradik perempuan.
Kadang kala kita ada kekangan ruang di dalam rumah dan kita meletakkan anak-anak perempuan di dalam satu bilik yang sama. Cuma penting untuk ibu bapa membuat ruangan persendirian untuk packing anak-anak walaupun mereka perlu berkongsi bilik.
 
2. Bilik tidur gadis remaja
Usia gadis remaja biasanya sedang sibuk dengan mencari identiti sendiri. Seronok jika dapat duduk berbincang seperti sahabat dengan anak gadis remaja tentang ruangan bilik tidur, supaya susunan bilik tidur dan perabot adalah praktikal untuk kegunaan seorang remaja puteri.
 
3. Bilik tidur anak perempuan usia sekolah rendah.
Usia ini biasanya anak-anak perempuan sangat sukakan semua benda berwarna merah jambu kan, Mama? Mama boleh cuba carikan set cadar, langsir, cat dinding dan kertas dinding berwarna merah jambu untuk menaikkan warnanya. Kedua-dua barang ini mudah untuk ditukar kemudian nanti apabila anak makin dewasa dan mula berubah citarasa.
 
4. Bilik bersaiz kecil
Ruang yang terhad tidak semestinya akan menghadkan idea dekorasi. Mama Siti kongsikan beberapa contoh dekorasi bilik saiz lebih kecil di bawah ini. Susun atur kelihatan begitu praktikal bagi ruang kecil.
 
Perabot adalah antara barang utama dalam bilik anak-anak yang mungkin kita tidak akan menukarnya dalam tempoh terdekat. Jadi pemerhatian perlu dibuat dahulu juga perbincangan dengan anak jika mereka sudah remaja.

Berminat dan ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami sekarang