24.08.2024 / BARU & TREND
Untuk memastikan perabot kayu anda kekal cantik dan tahan lama, terdapat beberapa langkah penjagaan penting yang perlu diikuti. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tips berguna untuk memelihara kecantikan dan ketahanan perabot kayu anda sepanjang masa
1. Kerap dibersihkan
Perkara pertama yang harus anda lakukan untuk menjaga perabot adalah membersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot. Ini kunci utama dalam menjaga perabot agar ia sentiasa kelihatan cantik dan bersih sebabnya debu yang melekat pada kayu itu akan menyebabkan kerosakkan pada perabot anda.
2. Hindarkan daripada sinaran matahari
Tidak disangkal lagi terdapat banyak kebaikan dan kelebihan jika ruang rumah anda dimasuki sinaran matahari. Namun anda perlu tahu jika perabot terkena cahaya matahari terlalu lama, ia akan menyebabkan warna kayu perabot cepat pudar. Anda perlu cari ruang atau lokasi yang sesuai dimana tempat yang kurang terkena sinaran cahaya matahari.
3. Gunakan pelapik
Cara yang berkesan untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah sebaiknya jika anda menggunakan pelapik makanan. Ia bukan sahaja akan meninggalkan bekas pada meja tersebut, malah akan membuatkan perabot anda cepat reput kesan daripada haba mangkuk itu.
4. Gilap guna pengilat kayu
Cara paling mudah untuk menjaga perabot anda daripada rosak adalah dengan menggunakan pengilap kayu. Ia bukan sahaja menjaga warna dan kualiti kayu agar kelihatan cantik tapi ia juga bertindak sebagai menambahkan lapisan di atas kayu bagi memastikan ia tahan lebih lama.
5. Guna uncang teh
Cara ini semakin popular dikalangan semua orang, boleh dikatakan mudah juga cara penjagaannya. Hanya memerlukan uncang teh dan air panas je. Kalau nak tahu, kekerapan menggunakan bahan pengilap kayu boleh mengubah warna asal perabot anda. Ini kerana asid tanik yang terkandung dalam teh itu akan membantu anda membersihkan pengilat lama dan akan memelihara keaslian kayu.
6. Campuran air panas dan sabun
Campuran air panas dan sabun juga mampu menghilangkan kotoran pada perabot kayu. Namun anda juga kena pastikan selepas menyental kotoran pada kayu tersebut, ia perlu dilap sehingga kering. Seperti yang kami katakan, perabot kayu kalau kena gayanya memang lawa dan menjadikan rumah anda lain daripada yang lain.