MENARIK : PENGHANTARAN PERCUMA

FAQ

Utama

/ FAQ

Soalan Umum

1. Bilakah waktu operasi?

Kami beroperasi dari hari Sabtu hingga Khamis dari  jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp 019-913 4368 untuk pesanan dan pertanyaan.

2. Bagaimana dengan harga produk?

Harga produk seperti yang dipaparkan. Kami juga menawarkan servis penghantaran percuma ke kawasan Kemaman dan sekitarnya.

3. Perabot2u ada jalankan promosi?

Ya, kami sentiasa menawarkan promosi hebat kepada para pelanggan.

1. Bagaimanakah untuk menyemak status pembelian?

Kami akan memberikan anda tracking number selepas penghantaran dibuat. 

2. Adakah semua produk pada Perabot2u tersedia?

Semua produk yang dipaparkan pada Perabot2u adalah terkini melainkan ia adalah item terlaris atau item jualan yang telah terjual selepas pelanggan membuat pembayaran.

3. Tempoh pra-pesanan?

Tempoh pre-order adalah 7-14 hari bekerja. 

4. Perlukah saya mengambil ukuran sebelum membuat pesanan?

Kami amat mengesyorkan anda mengambil ukuran ruang anda sebelum membuat pembelian.

5. Mengapa pesanan saya ditangguhkan atau memerlukan perubahan?

Dalam keadaan tertentu, pesanan anda mungkin tertangguh kerana kelewatan daripada vendor atau kurier. Jika ianya berlaku, kami akan memberi anda pilihan sama ada untuk menangguhkan tarikh penghantaran atau memilih produk alternatif yang nilainya sama atau lebih besar.

6. Bagaimana jika alamat bil dan penghantaran saya berbeza?

Sila berikan kami kedua-dua alamat penghantaran dan bil anda.

7. Bolehkah saya membeli dalam talian dan mengambil di kedai?

Ya, boleh. 

8. Bolehkah saya mendapatkan diskaun jika membuat pesanan yang banyak?

Sila hubungi pengurus pemasaran kami.

9. Bolehkah saya batalkan atau membuat perubahan pada pesanan?

Boleh sekiranya pesanan anda belum diproses atau dipesan dari kilang.

1. Adakah Perabot2U menerima pembayaran melalui ATM?

Pada masa ini, kami hanya menerima pembayaran melalui perbankan dalam talian.

2. Adakah Perabot2u menerima COD (cash on delivery)?

Semua perabot mesti dibayar sebelum penghantaran.

1. Dimanakah kawasan penghantaran?

Penghantaran kami ke seluruh Seluruh Malaysia kecuali Sabah & Sarawak.

2. Berapa lama masa penghantaran?

Ia bergantung kepada stok dan lokasi. Sekurang-kurangnya 7 hari bekerja, bergantung kepada perkhidmatan kurier. 

3. Adakah perabot saya perlu dipasang?

Kebanyakkan perabot kami memerlukan pemasangan sendiri. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila hubungi melalui WhatsApp di 019-913 4368

 

4. Bolehkah saya menjadualkan penghantaran barang?

Boleh. Anda hanya perlu memaklumkan kami masa dan tarikh pilihan anda untuk penghantaran melalui WhatsApp di 019-913 4368.

5. Saya memesan beberapa item. Adakah ia akan dihantar bersama?

Jika semua item pesanan ada dalam stok, ia akan dihantar bersama. Jika mana-mana item kehabisan stok, anda boleh memilih untuk menghantarnya selepas stok tersedia atau meminta penghantaran berasingan.

1. Adakah produk Perabot2u disertakan dengan jaminan?

Ya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya item rosak ketika menerima? Apakah polisi pemulangan produk?

Sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui email hello@perabot2u.com.my atau Whatsapp 019-913 4368 dalam masa 7 hari penerimaan barang. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh salah pengendalian atau pemasangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk polisi Pemulangan & Bayaran Balik kami.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika perabot tidak sesuai dengan ruang yang dikehendaki?

Apabila perabot telah dihantar, ia tidak boleh dipulangkan melainkan anda menukarnya dengan produk yang sama nilainya atau lebih besar. Caj pengangkutan akan dikenakan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ukur dahulu ruang perabot anda dengan saiz perabot.