Kami menawarkan perkhidmatan logistik dari pintu ke pintu seperti perkhidmatan pindah rumah dan pejabat. Servis ini ditawarkan di sekitar Kemaman dan kawasan sekitar. Kami mempunyai staf yang berpengalaman dalam pemindahan barang secara profesional dan pengalaman luas dalam melindungi dan menjaga perabot (buka dan pasang semula perabot) dengan harga yang berpatutan. Selain itu, perkhidmatan kami adalah cepat, terjamin dan anda tidak perlu risau tentang keselamatan perabot anda. Hubungi kami sekarang 019-934 6968 untuk lebih lanjut.
BAGAIMANA
KAMI BERFUNGSI?
Kenapa
anda perlu pilih kami?
1
Pemandu dan pengendali yang cekap dan berpengalaman
Kami akan sediakan staf yang cekap dan berpengalaman untuk kendalian barang dan perabot anda. Jimatkan masa anda dan dapatkan pemandu terjamin apabila membuat tempahan awal.
2
Sebut harga yang berpatutan
Sebut harga servis kami amat berpatutan dan berbaloi. Pakej sebut harga kami termasuk 2 orang staf yang cekap dan berpengalaman, upah angkat ke dalam lori, buka dan pasang perabot, punggah semula lori dan letakkan perabot di tempat yang ditetapkan.
3
keselamatan
Jaminan kami adalah barangan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
4
khidmat pelanggan mesra
Kami akan berusaha untuk memberikan khidmat pelanggan yang professional dan berkualiti kepada semua pelanggan. Polisi "Kepuasan Pelanggan Tanggungjawab Kita" memastikan segala permintaan atau aduan anda dialayan dan diselesaikan dengan cekap, cepat dan tepat.
Jenis
kenderaan yang tersedia
Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan dari 4x4 hingga lori 3 tan. Anda boleh memilih jenis kenderaan berdasarkan keperluan anda.