Pembatalan Sebelum Penghantaran
Jika anda membatalkan pesanan anda sebelum penghantaran, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan. Anda hanya perlu membuat pembatalan melalui e-mel hello@perabot2u.com.my dan juga menghubungi kami di 019-9151968. Setelah permintaan pembatalan diterima, bayaran balik akan dimulakan. Kami menasihati yang mana permintaan pembatalan mestilah dalam masa 24 jam atau sebelum penghantaran barang.
Polisi Pengembalian
Berikut adalah polisi yang layak untuk permintaan pemulangan selepas penghantaran/penerimaan barang:
Langkah 1:
Tangkap gambar item yang salah/rosak. Simpan dalam format JPG, GIF, PNG, PDF atau video dan e-mel ke hello@perabot2u.com.my dalam masa 3 hari dari tarikh bungkusan diterima.
Langkah 2:
Hubungi kami di talian 019-9151968 untuk mengesahkan e-mel diterima oleh Perabot2U Sdn. Bhd.
Langkah 3:
Tunggu arahan lanjut tentang pemulangan item.
Polisi Bayaran Balik
Bayaran balik akan dikembalikan sebaik sahaja kami menerima dan memeriksa item yang dipulangkan memenuhi dasar pemulangan kami.
Pilihan 1: Pertukaran produk
Tukar dengan item lain yang disenaraikan dalam https://www.perabot2u.com.my. Jika nilai item baharu melebihi jumlah item asal, perbezaannya hendaklah dibayar oleh pelanggan. Jika nilai item baru kurang daripada jumlah item asal, maka perbezaannya akan dipindahkan ke akaun pelanggan.
Pilihan 2: Bayaran Balik dalam Syarat
Untuk pembayaran yang dibayar melalui ipay88 (Gerbang Pembayaran), kami akan memberitahu pihak ipay88 untuk membatalkan transaksi yang berkaitan. Sila berikan masa 7 hingga 14 hari bekerja untuk proses bayaran balik dan jumlah bayaran balik akan ditunjukkan pada akaun bank pelanggan.
Pilihan 3: Kaedah bayaran balik lain
Pelanggan perlu memberikan butiran bank mereka dan e-mel ke hello@perabot2u.com.my. Sila berikan masa 7-14 hari bekerja untuk proses bayaran balik dan jumlah bayaran balik akan ditunjukkan pada akaun bank pelanggan.